\ ニュース /
Berita

Epal Aomori yang segar telah dihantar ke Thailand!

2022/11/24

Masa untuk merasai sesuatu yang istimewa. Kesegaran epal Aomori yang manis, rangup dan berjus telah dihantar ke Thailand!

Pada waktu ini sahaja di dalam tahun ini untuk anda menemui epal terbaik di Jepun di kedai-kedai berhampiran anda, epal Aomori kini ada di Thailand. Sepanjang tahun, epal Aomori telah dibekalkan dengan penjagaan rapi dan istimewa sebelum disediakan untuk penghantaran ke Thailand.
1. Hari 1 – 60 : Pemotongan dan pencantasan yang membenarkan ranting-ranting untuk menerima cahaya matahari secara terus tanpa halangan.
2. Hari 61 – 210 : Membuang epal daripada 5 kepada 1 biji sahaja di setiap ranting untuk cahaya dan nutrient yang lebih. Beberapa biji mungkin akan dibungkus dalam bungkusan buah untuk kawalan warna dan kualiti yang lebih baik.
3. Hari 211 – 300 : Pemetikan yang lebut dengan memilih saiz dan warna untuk dihantar ke Thailand menggunakan teknologi simpanan pintar.
Epal Aomori bukan sekadar epal terbaik yang pernah anda rasa namun ia juga adalah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada seseorang. Dengan tahun baru semakin hampir, berikan epal Aomori kepada diri anda dan yang tersayang!
Aneka epal Aomori (Fuji, Sun Fuji, Orin, Kinsei, Sekai Ichi, Toki, Shinano Gold, Mutsu, Meigetsu) kini disediakan di Thailand bermula Oktober 2022 sehingga April 2023 di Tops Supermarket, Gourmet Market, Fooodland, Don Don Donki dan Maxvalue. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kedai-kedai kami.

back to top