\ 1日1個のりんごで多くの生活習慣病の予防が期待できる /
Nikmati sebiji epal setiap hari untuk mendapatkan faedah antioksida semula jadi
Untuk mengelakkan penyakit berkaitan dengan gaya hidup seperti arteriosklerosis
Selepas memakan daging atau telur, serat epal mampu membawa kolesterol yang berlebihan keluar dari tubuh badan sebelum ia memasuki salur darah.
Mengelakkan tekanan darah tinggi
Epal membantu membuang sodium (garam) dari badan, lantas mengelakkan tekanan darah dari meningkat.
Bagi mereka yang risaukan tahap gula dalam darah
Epal membantu untuk mengurangkan peningkatan gula dalam darah, ini kerana ia penuh dengan nutrien dan mengenyangkan. Sebiji epal sahaja sudah mampu untuk menghilangkan rasa lapar dan mengurangkan kadar kalori.
Untuk pencernaan lebih baik
Serat epal meningkatkan bakteria baik (bifidobakteria) di dalam usus, mengurangkan bakteria buruk dan menggalakkan pembuangan air besar.
Untuk fungsi gastrousus
Epal membantu untuk mengawal jumlah asid di dalam perut. Pemakanan epal yang kerap adalah digalakkan bagi mereka yang menghidap sebarang penyakit perut.
Untuk mengawal kesihatan usus bayi
Epal mengandungi bahan-bahan pengawalan usus yang tinggi. Epal yang diparut dapat melalui salur gastrousus bayi secara lembut dan sangat berkesan dalam menentang sakit perut dan sembelit.
Untuk mengelakkan anemia
Vitamin C dan vitamin-vitamin lain yang terkandung dalam epal mampu meningkatkan penyerapan zat besi. Pengambilan epal dalam bentuk jus mampu meningkatkan lagi kadar penyerapan zat besi.
Penjagaan kesihatan menyeluruh
Epal mengandungi sejumlah besar kompaun berguna yang dinamakan sebagai polifenol, kompaun ini terkenal sebagai pembantut arteriosklerosis, menahan simptom alahan seperti demam alergi dan dermatitis atopik, menghalang tindakan enzim pembentuk plak yang menyebabkan kerosakan gigi, dan memutihkan kulit.

back to top