Selamat dating ke musim epal Aomori. Pattie menjemput orang-orang Thai untuk mencuba epal terbaik di Jepun!
Pattie Ungsumalynn memperkenalkan kepada orang-orang Thai pelbagai aneka menarik epal Aomori yang diimport secara terus dari Jepun dan menjemput semua orang untuk merasai kelazatan buah ternama ini. Kini disediakan di Thailand secara eksklusif bermula Oktober 2022 sehingga April 2023.
Pada 28 November 2022, Persatuan Epal Wilayah Aomori telah mengumumkan pembukaan musim epal di dalam sidang media di Grande Centre Point Terminal 21 Bersama dengan tetamu istimewa, Pattie Ungsumalynn Sirapatsakmetha. Acara tersebut telah dijalankan dengan konsep “Unwrap the Story Behind”, dengan mendedahkan tentang kisah-kisah disebalik epal Aomori seperti kepelbagaian aneka yang disediakan di Thailand, kehalusan proses membesarkan epal Aomori dan rahsia Teknik potongan-bintang kepada semua penggemar epal di Thailand.
Acara tersebut telah dihias seperti kebun epal! Sebagai seorang penggemar epal, tetamu istimewa kami, Pattie, telah memberikan temu bual tentang pengalaman beliau melawat ladang epal di Aomori, dan telah mengongsikan tanggapan beliau sebaiknya kepada penonton Thai. Di acara tersebut, terdapat pelbagai gerai aktiviti menarik yang mana Pattie dapat merasa 5 jenis epal Aomori dan belajar tentang cara-cara untuk menyediakan epal-epal tersebut menggunakan teknik potongan-bintang. Selain itu, semua hadirin disajikan dengan epal Aomori lazat dan segar tanpa had sambil mereka belajar tentang kisah disebalik dan maklumat-maklumat yang disediakan di pameran serta papan buletin di sekeliling ruangan tersebut. Para hadirin amat berpuas hati kerana lokasi acara tersebut dipenuhi dengan aroma kelazatan dan kebahagiaan yang menakjubkan.
Aneka epal Aomori (Fuji, Sun Fuji, Orin, Kinsei, Sekai Ichi, Toki, Shinano Gold, Mutsu, Meigetsu) akan disediakan di Thailand bermula Oktober 2022 sehingga April 2023 di Tops Supermarket, Gourmet Market, Fooodland, Don Don Donki dan Maxvalue. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kedai-kedai kami.